Salam Sejahtera!

 

BELAJAR BISNES SECARA CEPAT, MUDAH DAN TEPAT.

Akademi Bisnes Online (ABO) merupakan sebuah blog yang dibangunkan khas untuk menyalurkan maklumat serta meningkatkan kemahiran anda dalam pengurusan bisnes kecil. Pada masa yang sama ABO juga berperanan untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan orang-orang Melayu untuk memiliki dan menjalankan bisnes kecil sendiri sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

ABO dikendalikan oleh dua buah organsasi yang bergerak aktif sejak tahun 1996 dalam bidang kajian dan pembangunan (R&D), penerbitan, latihan serta konsultansi bisnes kecil iaitu- Sprint Marketing Concept dan Sprint Career Academy.

Konsep ABO menyampaikan ilmu bisnes adalah secara mudah, ringkas dan berkesan. Penajaan oleh usahawan-usahawan di ABO membolehkan kami menyampaikan kebanyakan ilmu-ilmu bisnes ini secara PERCUMA kepada anda. Tidak kira sama ada anda ingin memulakan bisnes spa, mini market, kedai buku, perundingan kewangan, insurans, jualan langsung, restoran atau apa sahaja jenis perniagaan, blog ini akan membantu anda untuk merancang bisnes anda ke arah kejayaan.

ABO dibahagikan kepada beberapa bahagian utama yang diharap akan dapat memberi manfaat kepada anda iaitu:

Download Percuma
Tips, artikel, senarai semak (checklists), borang-borang pengurusan, contoh-contoh kertas kerja dan penulisan berkaitan bisnes kecil yang boleh anda muat turun secara percuma untuk digunakan dalam perancangan operasi bisnes anda.

Woksyop Bisnes
Woksyop-woksyop bisnes berkualiti serta dijamin berkesan yang boleh anda sertai pada kadar yuran yang sangat rendah.

Soal Jawab Bisnes Kecil
Ruangan untuk anda mengemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan bisnes kecil.

Minda Usahawan
Ruangan panduan dan tips bisnes yang digarap berdasarkan kepada pengalaman sebenar usahawan-usahawan kecil. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu bahagian untuk individu yang ingin memulakan bisnes dan bahagian untuk pemilik-pemiik bisnes kecil sedia ada.